SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI LADYHANY DALAM PERKONGSIAN ILMU


Perkongsian yang di tulis oleh penulis serta pengumpulan maklumat oleh penulis adalah untuk semua pembaca budiman dalam pengurusan kewangan peribadi juga pengurusan gandaan keuntungan perniagaan(hubungi penulis untuk detail). Semoga kita sentiasa celik kewangan dan bijak melabur. Agar mencapai kebebasan kewangan dalam kehidupan sepanjang hayat, InsyaAllah...
''inspirasi dalam inspirasi''



Perancangan persaraan ini perlu dimulakan seawal mungkin. Tidak kira walaupun anda masih berusia dalam lingkungan 20-an. Sebenarnya, jika anda bermula dari awal ianya tidak akan terasa berat bebanan menyimpan untuk kesenangan semasa persaraan nanti. Seandainya anda bermula dari awal, anda boleh menyimpan sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, pada usia 20-an mungkin anda hanya perlu menyimpan 50 ringgit sebulan. Akan tetapi semakin meningkat umur anda, semakin banyak peruntukan kewanngan yang perlu anda sediakan. Jangan terkejut, jika saya katakan mungkin anda perlu menyediakan peruntukan sebanyak antara 500 ringgit hingga seribu ringgit hanya untuk peruntukan persaraan.

Tetapi, tentu ramai dikalangan muda mudi tidak bersetuju dengan saranan ini kerana persaraan itu berkaitan dengan hari tua anda nanti. Mana tidaknya, diawal seusia lingkungan 20-an, banyak lagi perkara yang hendak dipikirkan. Maklum sajalah, baru hendak mula berdikari. Perbelanjaan diri pun kadang-kadang tidak mencukupi apatah lagi menyimpan untuk persaraan yang masih jauh. Sudahlah baru hendak merancang untuk berkahwin, membeli kereta dan lebih utama lagi membayar hutang PTPTN bagi kebanyakkan lepasan pelajar. Bagi yang sudah berkeluarga pula, merancang untuk keperluan anak-anak, membeli rumah dan sebagainya.

Sebenarnya perancangan persaraan adalah keperluan masa panjang atau matlamat jangka panjang. Jadi untuk matlamat jangka panjang ini perlu dibuat sedikit demi sedikit. Bak kata bidalan.. “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Seperti yang saya nyatakan pada perenggan sebelum. Janganlah anda leka untuk memikirkan tentang persaraan. Tup,tup, satu hari nanti baru anda sedari bahawa masa persaraan sudah hampir tiba atau sudah pun tiba. Tentulah ianya suatu yang amat membebankan untuk menyediakan peruntukan yang banyak demi mencapai matlamat persaraan yang baik.

Bila sebut saja unit trust, kebanyakkan dari kita hanya menganggap bahawa ianya untuk pelaburan individu sahaja. Tapi, ternyata ianya adalah satu tanggaan yang salah. Sebenarnya, pelaburan unit trust ini adalah satu platform untuk peniaga-peniaga menggandakan keuntungan perniagaan mereka.

Kebanyakkan dari kita juga tahu bahawa kita perlu create multiple-streams-of-income. Betapa pentingnya aliran pendapatan berganda. Jadi, unit trust inilah jawapannya untuk menjadikan keuntungan perniagaan kita berganda...

Caranya adalah dengan melabur keuntungan perniagaan kita. Sebaiknya, lakukannya secara automatik.Di mana, setiap bulan lakukan auto-debit dari akaun perniagaan anda untuk menyalurkan keuntungan perniagaan anda ke akaun pelaburan(dana pelaburan unit trust). Tidak kisahlah, samada laburkan sikit tau banyak. Yang penting, ianya mesti dilakukan konsistan pada setiap bulan.

Oleh yang demikian, sekiranya anda lakukan auto debit ke akaun pelaburan untuk mendapat pulangan (kini terdapat banyak akaun pelaburan berteraskan pelaburan Islam yang boleh memberi pulangan ><15%) katakan RM1,000 setiap bulan. Berapa lama perlu tunggu untuk wang tersebut menjadi RM1,000,000? Lebih kurang 18 tahun sahaja. Jika lebih dari RM1,000? Tentu lebih cepat gandaan wang yang anda perolehi bukan?

Waahhh....seperti mimpi dalam mimpi... :-) Tidak sampai 20 tahun, dana perniagaan anda sudah mencapai RM1,000,000. Hmmm..boleh kembangkan perniagaan anda bukan?



Kadang kala kita tidak sedar akan beberapa amalan yang perlu kita elakkan semasa proses membuat keputusan untuk sebarang pelaburan. Di sini ingin saya ingatkan kepada bakal pelabur yang sedang merancang untuk melabur agar elakkan amalan-amalan tersebut. Ianya adalah kerana mengurangkan risiko menanggung kerugian.

  1. Jangan meminjam untuk melabur - Tidak seharusnya anda membuat pinjaman untuk tujuan pelaburan atau anda mengeluarkan tunai daripada kad kredit anda. Sekiranya anda masih belum mampu menggunakan wang sendiri untuk pelaburan, maka tangguhkan dahulu pelaburan yang anda inginkan.
  2. Jangan melabur semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang cepat dan tinggi - Pulangan yang cepat selalunya mempunyai risiko yang tinggi. Anda pula selalulah berwaspada kerana mungkin ianya adalah skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan cepat dan tinggi peratusnya. Jangan biarkan diri anda terjebak atau terpedaya dengan janji-janji skim tersebut .
  3. Jangan melabur dalam pelaburan yang tingi risiko kecuali anda benar-benar bersedia menanggung risiko tersebut - Ini kerana sesetangah pelaburan melibatkan spekulasi dan risiko yang tinggi kerana pulangan yang dijangka tinggi (contohnya: dagangan hadapan)
  4. Jangan melabur sekadar berdasarkan “hot tips” dan khabar angin sahaja.

Oleh yang demikian, anda perlu tetili dan rancang kewangan anda dengan sebaiknya


Post kali ini adalah kesimanbungan post saya sebelum ini. Saya terpanggil untuk kongsikan perbezaan ini kerana ada beberapa rakan di antara kita yang telah di kaburi akan mendapat ganjaran yang banyak dalam tempoh singkat. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa meminjam untuk melabur hanya akan mengurangkan peratus pulangan sebenar kita ke atas sesuatu pelaburan. Mana tidaknya, sebagai contoh, jika sesuatu pulangan pelaburan boleh kita peroleh 8% setahun tetapi kita mungkin hanya mendapat 1% - 3% sahaja!

Eh! Betul ke? Tentulah betul kerana interest pinjaman kita pula tidakkah kita terfikir. Andai kata interest pinjaman kita adalah 6% - 6.5%. Sudah tentu dengan kiraan yang amat mudah kita ketahui kita bakal menerima peratus pulangan sebenar (8% tolak 6% = 2%). Alangkah rugi bukan jika hanya ini yang kita perolehi.

Mari kita lihat bukti perbezaan antara dua situasi:

Situasi 1

Ahmad meminjam RM100,00 di Bank XYZ dalam tempoh 5 tahun untuk di laburkan dalam pelaburan ABC. Dengan pinjaman RM100,000 Ahmad perlu membayar RM1,911 setiap bulan selama 5 tahun. Setelah 5 tahun Ahmad memperolehi RM 146,930 dengan peratus untung 8% setahun. Tetapi, jumlah pinjaman Ahmad yang telah dibayar di Bank XYZ adalah RM141,660. Maka di sini (RM146,930 - RM141,660) Ahmad hanya untung RM5,270 iaitu 3.58% sahaja!!

Situasi 2

Izani melabur sebanyak RM1,900 setiap bulan selama 5 tahun secara konsisten dengan peratus untung yang sama iaitu 8% setahun. Setelah 5 tahun kemudian Izani memperolehi wang pelaburannya sebanyak RM140,543. Tetapi jumlah modal terkumpulnya adalah RM114,000 (RM1,900*12bulan*5tahun). Maka (140,543 - RM114,000) di sini Izani memperoleh untung sebanyak RM26,543!!

Walaupun Izani hanya melabur RM1,900 setiap bulan berbanding Ahmad membayar pinjaman di bank sebanyak RM1,911 setiap bulan, Izani memperoleh untung sebanyak RM26,543..!!

Yang mana satu pilihan anda? Dah tau fakta, buatlah pilihan bijak…

Setelah mengetahui definisi sebenar unit amanah, anda harus bertindak dengan bijak serta mengenal pasti matlamat pelaburan anda. Begitu juga dengan risiko yang sanggup anda ambil untuk sesuatu perlaburan anda kelak. Di sini ada bebarapa tindakan yang perlu diambil kira untuk pelaburan unit amanah iaitu;

  1. Mendapatkan perunding unit amanah yang berpengalaman. Perunding unit amanah ini bertindak menguruskan dana pelaburan anda dengan serius dan bersikap profesional.
  2. Memastikan matlamat setiap pelaburan. Samada matlamat untuk persaraan,perancangan pendidikan anak-anak, perancangan untuk mengumpul kekayaan atau sebagainya. Ianya mempunyai perancangn yang berbeza-beza pada tempoh yang tertentu.
  3. Mengenal pasti risiko yang akan di ambil. Unit amanah memunyai beberapa jenis. Seperti dana ekuiti, ianya mampu memberikan pulangan yang lebih baik tetapi mempunyai risiko yang agak tinggi kerana ianya melalui turun naik pasaran saham semasa. Manakala dana bon lebih selamat tetapi pulangannya agak rendah kerana risiko yang rendah tetapi dana ini tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewanngan untuk tempoh masa yang panjang.
  4. Memilih dana yang memberi pulangan konsisten. Memilih dana yang telah mempunyai ‘track record’ yang memberi pulangan yang konsisten paling kurang dana berusia 3 tahun. Tetapi, lebih lama dana terbukti konsisten, maka itulah pilihan yang lebih baik.
  5. Memilih dana rendah yuran yang dikenakan. Dana yang rendah yurannya tidak semestinya memberi pulangan yang rendah dan sebaliknya yuran yang tinggi pula tidak semestinya memberikan pulangan yang tinggi. Maka anda perlu teliti yuran-yuran berikut:
  • Service charge (di antara 5%-8%)
  • Annual Management Fee (di antara 0.5%-2%)
  • Switching Fee (jika melakukan pertukaran)

Maka…

Tepat memilih, bijak melabur, tercapai matlamat…



Sebelum kita melabur dalam skim unit amanah/unit trust, adalah lebih baik kita mengetahui dahulu apakah definisi sebenar unit amanah/unit trust. Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun “Unit Amanah”. Dalam Bahasa Inggeris pula disebut “Unit Trust”. Manakala definisinya menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers), Skim unit amanah atau “unit trust scheme - UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka di dalam sebuah syarikat unit amanah. Pelaburan ini pula akan diurus oleh pengurus dana yang mana akan dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti, bon atau aset lain yang diuruskan secara profesional. Maka inilah peluang yang sesuai kepada pelabur-pelabur kecil dan sederhana untuk menceburkan diri dalam dunia pelaburan.

Untuk memudahkan pemahaman bagi mereka yang masih kurang jelas tentang unit amanah ini ialah, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau istilah yang lebih sesuai ialah UTMC (Unit Trust Management Company). Sebagai contoh, UTMC ini ialah Public Mutual Berhad. UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan. Ianya di laburkan dalam pelbagai sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission - SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit amanah ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur. Antara pihak yang terlibat ialah Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan, Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors) dan FMUTM.

Oleh yang demikian, unit amanah ini sesuai untuk orang kebanyakkan kerana wujudnya kelebihan-kelebihan di dalam unit amanah. Kelebihan-kelebihan melabur dalam unit amanah ini ialah wang pelaburan diurus dengan lebih profesional, mempunyai beberapa jenis pilihan, mengikut kemampuan pelabur, mudah ditunaikan, mempunyai beberapa ciri keselamatan, pelabur mempunyai masa terluang dan mempunyai pulangan yang baik. Tetapi harus di ingat, bahawa tiada satu pun dana unit amanah yang terlepas dari kemeruduman ekonomi. Bermakna ianya tetap mempunyai risiko dan sentiasa mengalami perubahan mengikut pasaran semasa. Bagaimanapun, sesuatu dana unit amanah ini memberi pulangan dan mempunyai risikonya tersendiri.

Begitu juga kepada mereka yang sekiranya tidak mempunyai masa, tidak mempunyai pengetahuan atau agak malas untuk menguruskan pelaburan mereka serta tidak mahu belajar mengenai selok belok pelaburan yang di anggap rumit, maka unit amanah adalah pilihan yang amat sesuai untuk golongan seperti yang saya nyatakan tadi. Tetapi walaubagaimanapun, anda tetap harus mencari ilmu yang berkaitan kerana pelaburan untuk ilmu adalah satu pelaburan yang tidak ternilai pulangannya. Akan tetapi, jika anda rasakan unit amanah ini sesuai dengan anda, tidak perlulah anda meletakkan kesemua wang anda dalam unit amanah sahaja. Anda perlu mencari dan memilih dana yang sesuai dengan matlamat pelaburan anda serta sanggup menanggung risiko tersebut.

Jadi bagaimana dengan anda? Adakah anda tergolong dari golongan yang dinyatakan? Tepuk dada, tanya matlamat pelaburan.