SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI LADYHANY DALAM PERKONGSIAN ILMU


Perkongsian yang di tulis oleh penulis serta pengumpulan maklumat oleh penulis adalah untuk semua pembaca budiman dalam pengurusan kewangan peribadi juga pengurusan gandaan keuntungan perniagaan(hubungi penulis untuk detail). Semoga kita sentiasa celik kewangan dan bijak melabur. Agar mencapai kebebasan kewangan dalam kehidupan sepanjang hayat, InsyaAllah...
''inspirasi dalam inspirasi''



Showing posts with label Persaraan. Show all posts
Showing posts with label Persaraan. Show all posts

Perancangan persaraan ini perlu dimulakan seawal mungkin. Tidak kira walaupun anda masih berusia dalam lingkungan 20-an. Sebenarnya, jika anda bermula dari awal ianya tidak akan terasa berat bebanan menyimpan untuk kesenangan semasa persaraan nanti. Seandainya anda bermula dari awal, anda boleh menyimpan sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, pada usia 20-an mungkin anda hanya perlu menyimpan 50 ringgit sebulan. Akan tetapi semakin meningkat umur anda, semakin banyak peruntukan kewanngan yang perlu anda sediakan. Jangan terkejut, jika saya katakan mungkin anda perlu menyediakan peruntukan sebanyak antara 500 ringgit hingga seribu ringgit hanya untuk peruntukan persaraan.

Tetapi, tentu ramai dikalangan muda mudi tidak bersetuju dengan saranan ini kerana persaraan itu berkaitan dengan hari tua anda nanti. Mana tidaknya, diawal seusia lingkungan 20-an, banyak lagi perkara yang hendak dipikirkan. Maklum sajalah, baru hendak mula berdikari. Perbelanjaan diri pun kadang-kadang tidak mencukupi apatah lagi menyimpan untuk persaraan yang masih jauh. Sudahlah baru hendak merancang untuk berkahwin, membeli kereta dan lebih utama lagi membayar hutang PTPTN bagi kebanyakkan lepasan pelajar. Bagi yang sudah berkeluarga pula, merancang untuk keperluan anak-anak, membeli rumah dan sebagainya.

Sebenarnya perancangan persaraan adalah keperluan masa panjang atau matlamat jangka panjang. Jadi untuk matlamat jangka panjang ini perlu dibuat sedikit demi sedikit. Bak kata bidalan.. “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Seperti yang saya nyatakan pada perenggan sebelum. Janganlah anda leka untuk memikirkan tentang persaraan. Tup,tup, satu hari nanti baru anda sedari bahawa masa persaraan sudah hampir tiba atau sudah pun tiba. Tentulah ianya suatu yang amat membebankan untuk menyediakan peruntukan yang banyak demi mencapai matlamat persaraan yang baik.